PROGRAM KHAS PROGRAM KHAS

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal


LATAR BELAKANG

Program–program khas yang dianjurkan di bawah Sektor Keusahawanan merupakan program yang dirangka untuk membangunkan usahawan dalam industri berpotensi secara berpakej. Program khas juga termasuk program keusahawanan bertemakan ‘Turun Padang’ yang memberi gambaran kepada aktiviti keusahawanan MARA secara keseluruhan dan holistik temasuk aktiviti pendidikan, pelaburan dan penglibatan subsidiari MARA.

Program Khas yang dilaksanakan oleh Sektor Keusahawanan MARA melalui penglibatan Pejabat MARA Negeri (PMN), Pejabat MARA Daerah (PMD), Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dan syarikat subsidiari MARA. Program ini adalah merupakan platform untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan betul kepada masyarakat luar bandar mengenai program-program keusahawanan di bawah MARA dan agensi-agensi keusahawanan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Antara contoh program khas adalah seperti Program Wanita Inspirasi Ekonomi (WISE), MERCU, HIT Barber, MARA in Fashion (MIF), Gate to Global (GTG), Beauty in Business (Biss).

KOMPONEN PROGRAM
 
  • Antara komponen utama di dalam perlaksanaan MERCU ini adalah;
    i. Forum & Seminar
    ii. Platform Pemasaran (Online & Konvensional)
    iii. Platform Pasaran Antarabangsa
    iv. Platform Pelancaran Produk Baru
    v. Pembangunan Program Keusahawanan (Anak Syarikat)
    vi. Jualan Produk Usahawan
    vii. Program ‘Outreach’ MARA
    viii. 'Klinik Usahawan’ – Business Idea Pitching
    ix. Business Matching
    x. Pelancaran Produk Baru