| BANGUNAN MARA  Bangunan MARA tersergam di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Lumpur, bersempadankan dua jalan raya yang amat sibuk iaitu Jalan Raja Laut di hadapan dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sebelah belakangnya. Ia telah dibuka secara rasmi oleh YAB Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia 12 April 1987. Kompleks Bangunan Kompleks ini mengandungi empat tingkat blok podium, 22 tingkat blok menara dan tiga tingkat basement. Blok podium Medan MARA ini mengandungi 165 lot ruang niaga dengan keluasan keseluruhannya sebanyak 150 ribu kaki persegi. Salah satu ciri utama blok podium ini ialah dua pintu masuk utama berhadapan Kompleks Pertama dan Jalan Raja Laut. Blok menara dengan bentuk yang istimewa ini menyediakan ruang pejabat seluas 200,000 kaki persegi. Bangunan setinggi 26 tingkat ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang serba baru. Tingkap yang terdapat di keempat-empat penjurunya, menyediakan panorama kota yang indah. Ruang letak kereta bawah tanah Medan MARA boleh menempatkan sebanyak 373 buah kereta. Di tingkat pertamanya pula disediakan ruang niaga seluas 22,000 kaki persegi sesuai untuk pembinaan sebuah pasar raya. |