BAHAGIAN PENGANJURAN PELAJARAN BAHAGIAN PENGANJURAN PELAJARAN

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

Bahagian Penganjuran Pelajaran (BPP) memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan untuk melahirkan pelajar Bumiputera yang cemerlang dan berkualiti.  Ia selaras dengan Transformasi Sektor Pendidikan di bawah Pelan Strategik MARA 2011-2020 yang berhasrat mewujudkan bakal usahawan dalam kalangan graduan yang boleh menjana kekayaan dan tenaga kerja kompeten dalam industri berimpak tinggi.  Bagi menjayakan hasrat ini, BPP menyediakan kemudahan Pinjaman Pelajaran MARA dalam bentuk pinjaman boleh ubah, untuk pelbagai peringkat pengajian.  BPP juga memfokuskan hasrat melahirkan lebih ramai graduan profesional dan kompeten yang dapat menyumbang ke arah negara berpendapatan tinggi serta mempunyai minda kelas pertama.

 

BPP mempunyai 4 cawangan/unit yang melaksanakan fungsi-fungsi berikut:

 

  1. Cawangan Dasar & Perancangan Strategik
  • Perancangan dasar
  • Pembangunan program dan kawal selia Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berdaftar dengan MARA
  • Pembangunan pelajar
  • 3i (International / Institutional / Industrial relations)

 

  1. Cawangan Penajaan
  • Program khas (Lepasan SPM / Diploma Cemerlang)
  • Program SPiP di IPMa
  • Skim MARA-Bank
  • ICT (Sistem MyEduloan & e-Pendahuluan)

 

  1. Cawangan Pemantauan
  • Urusan pemantauan pelajar & IPT luar negara
  • Urusan pemantauan pelajar & IPT dalam negara

 

  1. Cawangan Operasi
  • Khidmat pengurusan (Pentadbiran / Perolehan / Dokumentasi / Fasiliti)
  • Kewangan (Bajet / Bayaran)
  • Kaunter khidmat pelanggan

 

Selain itu, bagi memastikan kebajikan pelajar-pelajar Pinjaman Pelajaran MARA di luar negara, MARA mempunyai 8 Pejabat MARA Luar Negara di Amerika Syarikat, England, Jerman, Ireland, Australia, Indonesia, Mesir dan Rusia.

 

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan BPP atau Pinjaman Pelajaran MARA, boleh e-mail kepada infobpp@mara.gov.my